Kegiatan ekonomi Kenyah

Kegiatan Ekonomi masyarakat Kenyah meyara hidup dengan menanam padi huma di sekitar rumah mereka. Penanaman padi huma tidak memerlukan system saliran dan boleh ditanam di kawasan yang berbukit-bukau. Kawasan di sekeliling rumah panjang mereka dikhaskan untuk menanam padi huma. Kawasan ini dibahagikan antara keluarga yang tinggal di rumah panjang.

Kegiatan berburu dan memungut hasil hutan juga dijalankan oleh orang Kenyah yang menduduki kawasan pedalaman. Hasil-hasil hutan adalah seperti jelutung, dammar, dan rotan. Mereka akan menukar hasil hutan ini dengan barang keperluan harian termasuk beras dan garam antara suku etnik yang lain. Orang Kenyah yang banyak melibatkan diri dalam kegiatan pertanian ini juga giat menanam jagung, ubi kayu dan tembakau.Sekitar tahun 70-80an masyarakat Kenyah sering terlibat dalam rusuhan terhadap projek balak yang memusnahkan hutan mereka. Penentangan itu menandakan adanya kesedaran yang tinggi dalam kalangan bangsa peribumi di Sarawak. Namun penentangan mereka tidak mendapat perhatian masyarakat luar, malah selalau disalahtafsirkan sebagai pengganggu rancangan ke arah kemajuan. Padahal masyarakat Kenyah dan beberapa bangsa peribumi lain di Sarawak pada waktu itu menentang kerana mereka ingin memelihara hutan yang sekian lama menjadi tempat dan sumber kehidupan mereka.